Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN 1433H


Diam tak diam, setahun masa telah berlalu.  Ramadhan datang lagi dengan seribu rahmat dan berkat.  Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesempatan untuk  melalui bulan yang penuh barakah ini.  Marilah kita merebut peluang untuk berpuasa yang sebenar-benarnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bertarawih, bertadarus, dan segala macam ibadah yang menjanjikan pahala yang berganda.  Marilah mencari malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Benarlah Ramadhan adalah bulan berpesta ibadah.

Buat anak-anakku, semoga kalian dapat melakukan ibadah puasa ini dengan sempurna.  Dan mudah-mudahan kita semua dapat melaluinya dengan sempurna, insya Allah......

Kepada saudara-saudaraku seluruh muslimin dan muslimat, Salam Ramadhan 1433 Hijrah. Selamat menempuh Ramadhan al-mubarak.  Selamat beribadah......

Ahad, 8 Julai 2012

Ramadhan yang dinanti


Lebih kurang 12 hari lagi, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelang tiba.  Bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam.  Semoga kita berkesempatan melaluinya, insya Allah.....Selamat datang Ramadhan 1433 Hijrah.  

Rabu, 6 Jun 2012

PENKEK @ LEMPENG

     Hari ni cuti lagi.  Hubby msh kerja, hari ni dia bersama geng PPDPGU mengikuti forum program pencegahan jenayah di Kompleks Islam JB.  Pagi ni memenuhi permintaan Wawa, bersarapan penkek @ lempeng.  Dah namanya pun lempeng, jadi, 15 minit dah siap berhidang.  

     
   
     Hanya bancuh tepung penkek bersama air, sedikit minyak/planta dan sebiji telur.   Nak lagi sedap tambah sedikit susu segar atau susu cair.  Lepas tu boh jem atau mentega kacang sebagai filling....

     Huh...xcited budak berdua ni menolong.........jom bersarapan......

Jumaat, 1 Jun 2012

PASTA CARBONARA

Hari ini cuti, setelah 4 hari bertugas.  Pagi2 lagi Wawa bertanya tentang pasta carbonara.  Okeh....ari ni umie masak.......tapi x de cendawan.    Adam pulak menyampuk.....x de cendawan pun tak pe....nak makan pasta carbonara.


Simple jer.....tambah udang & capsicum......so tengah hari ni lunch pasta carbonara udang & fresh oren.......esok nak buat spageti bolognese plak.....




Ahad, 29 April 2012

SERABUT

WAH, LAMANYA X UPDATE BLOG NIH!

Mmm.....setiap minggu ke klinik......sebelum ni Adam dapat bisul kat mata.......dalam serabut2, en hubby demam la plak.......balik dari kluang, badan rasa panas........esoknya dah sembuh semula, tapi x semena2 hubby dapat chicken pox plak.......yg seronoknya, doktor kata bukan chicken pox......anyway thanx la doktor......dia bagi ubat yg harganya mmg kaw2.....tp mujarab jugak.  Anti virus tu agak berkesan.........so empat hari la en hubby bercuti.......berehat la en hubby......sebelum ni penat aku tengok dia bekerja.....x pernah aku tengok dia sesibuk dan seserabut ni..........


Minggu ni ke Tangkak......balik kg sambil menyaksikan bolasepak MSSJ....2 org murid SKTPJ3 dapat wakil ke J.....yg sedihnya Fazly sekadar memenuhi bangku simpanan.....x tahu la petang ni....penentuan tempat ke3 dan ke-4.....maaflah, PGU dah kalah separuh akhir pagi tadi dengan Mersing 4-2....hai, mcm pesta diaorg kerana dpt kalahkan PGU........x apalah, bukan rezeki tahun ni.  Bwh 18 & 15 pun dah bungkus awal........tahun depan cuba lagi.......


Aku plak.....smbil menyelam minum air.......ambil kesempitan beli-belah kat syurga kain....heheh.....bila lagi beb.........

Mmmm......nak bersiap, mlm ni balik JB..........

Jumaat, 26 Ogos 2011

Jalur Gemilang Gergasi SK Taman Permas Jaya 3

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Terima kasih kepada Pn Fatimah Jamil, Guru Besar SKTPJ3 selaku penggalak utama, Tahniah kepada Pn Sri Gauri Narayanan sebagai master mind, Tahniah & syabas kepada seluruh warga SKTPJ3 selaku pendukung utama.......kita teruskan kecemerlangan.......kita cinta Malaysia.......

Sabtu, 13 Ogos 2011

RAMADHAN 1432 HIJRAH


ALHAMDULILLAH.......dengan izin-Nya bertemu kita kembali pada bulan Ramadhan al-mubarak 1432 Hijrah ini. Betapa pantas masa berlalu. Setahun telah kita tinggalkan Ramadhan 1431H. Kukira masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan.

Sebagaimana lazimnya, Ramadhan yang penuh berkat dan nikmat.....sewajarnya kita penuhinya dengan segala amal ibadah seiring dengan puasa yang kita jalani. Amat bertuahnya kita diberi nikmat menjalani ibadah puasa. Berlapar dahaga dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. Pada malamnya pula berbuka, bertarawikh, berqiamullail, bersahur. Diberi kesempatan pula mencari Lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir.

Semoga segala ibadah dan amalan kita diterima oleh-Nya dan beroleh ganjaran di sana nanti.....Insya Allah......



Ahad, 17 Julai 2011

BOLA SEPAK MSSJ 2011

Pada 8 Mei 2011, hubby mengajakku & anak2 ke Mersing......tengok anak buah yang menyertai Kejohanan Bola sepak MSSJ 2011......kebetulan 4 orang murid sekolahku terpilih mewakili daerah pasukan Bola Sepak 12, Pasir Gudang......so, jenguk anak buah sambil jalan2 makan angin.......

Keputusannya.....Pasukan 12 Johan MSSJ 2011, 15 tempat ke-4, 18 Naib Johan.........bravo Pasir Gudang......mantapkan usaha untuk tahun-tahun akan datang.........




naik roket???? ......sempat lagi......

waktu makan2......


sewaktu penutup.......Pasukan Pasir Gudang.......bert shirt biru


final 12 tahun.......P Gudang Vs Kluang

rest.......



hubby bersama pasukan bola sepak 12 Pasir Gudang 2011

Sabtu, 19 Mac 2011

UNIFORM KRS 2

Masih ingat entry uniform KRS dlm blog ini kira2 dua tahun lalu.........mmm, masa tu aku cerita tentang uniform KRS no. 3........masa tu berpangkat kapten........baju hijau muda, seluar hijau tua.....dah hampir 2 tahun kupakai uniform tersebut....berbaloi la beli mahal2 kan........

kali ni aku akan entry tentang uniform KRS juga.....tapi uniform no 2........sut hijau gelap dari hujung rambut hingga hujung kaki........kali ni tokey syarikat Idamanku, En azlan telah datang ke sekolah2 dalam daerah Pasir Gudang........antaranya sekolahku la........jadi beberapa orang guru....termasuk bossku telah menempah uniform ini........aku pun tak melepaskan peluang ini......

Mmmmm.....terbang la RM450.00.....termasuk topiku yang dipasang bunga padi.........sebelum ni tukar pangkat kat atas bahu kepada mejar pun dah terbang RM50.00 sepasang.......tapi memang puas hati dengan hasil Idamanku...harga memang standard........

Kepada teman2 dan sesiapa yg ingin mendapatkan khidmatnya bolehlah menghubungi En Azlan B Yusak di talian 0137368740 / 077726621, emel idamankutukangjahit@yahoo.com, atau datang ke kedainya di Taman Idaman, Kluang, Johor

Pada hari Rabu atau Isnin minggu ketiga.....Guru besar, semua GPK, dan guru2 yang memilikki uniform ini akan memakainya.......tampak segak dan kemas.......bukan setakat murid2 rasa kagum.......org luar yg datang pun respek.......cuma, kala balik dari sekolah, singgah la mana2 tujuan, org bertanya aku balik......eh, cikgu skrg dah x ngajar ke? Kerja apa pakai uniform cenggini ni? alahai......

Apa2 pun......tujuanku memakai uniform ini adalah untuk menyahut seruan KPM yg menguar-uarkan agar seluruh warga sekolah memakai uniform pasukan pakaian seragam pada setiap hari Rabu atau Isnin minggu ketiga......secara tidak langsung menggalakkan anak2 didik untuk memakainya pada masa ditetapkan......selamat beruniform


Uniform KRS No. 2

Bersama hubby ketika program perkhemahan pasukan beruniform SK Taman Permas Jaya 3, 2010 di Sedili, Kota Tinggi.....

Sabtu, 5 Mac 2011

MAKAN HONEY STAR

Apabila Nestle dtg ke sekolah.......bukan setakat murid-murid....guru-guru pun tumpang semangkuk seronok.........

Lihatlah aksi-aksi semasa Nestle datang.....dpt makan Honey star........bintang paling sedap di alam semesta.......











Sabtu, 26 Februari 2011

MERAIKAN HARI ISTIMEWA



Sempena Hari Istimewa.......mmmm....sebenarnya ia berlaku pada bulan Oktober lalu.......makan2 di Secret recipe sempena birthdayku, birthday adik, dan ulangtahun perkahwinan.....3 in 1.......

Mmm....makaroni dia mmg power....tp.....anak bujangku plak yg lebih2.......x pe la dik.....makan......

Tahun ni......rasanya celebrate kat Secret Recipe lagi......mmg sedap....and thanx Bard......mmg special @ Secret Recipe........




Kek harijadiku......sedap


mmm....adik.....betul2 menikmati......


kakak dengan spagetinya....


tinggal sikit.....utk mak dia la ni.....


best.....aku pun dah lupa nama dia....kena tanya bard smula ni.....


Rabu, 23 Februari 2011

PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2011


Pada 21 Februari 2011 Unit Pengawas dan Ketua Darjah SK Taman Permas Jaya 3 telah mengadakan program Pelantikan Pemimpin-pemimpin Kecil 2011 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua serta Penolong Ketua Darjah. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh Supritendan Abdul Samad Bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Beberapa orang anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Balai serta beberapa orang anggota dari Balai Polis Permas Jaya turut hadir mengiringi.

Jika tahun sebelum ini pihak sekolah mengundang YB dan pihak PPD Pasir Gudang, tahun ini pihak polis pula dijemput untuk merasmikan majlis sekaligus menyampaikan watikah berkenaan. Ia merupakan cetusan idea En Adam B Haji Salim, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3.

Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil yang dilantik. Semoga semua pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berdedikasi. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Syabas juga kepada Pn Zaliha Yusuf, En Fauzi Zakaria, Pn Sri Gauri, dan Pn Kamsiah Maulud serta seluruh ahli jawatankuasa kerja kerana program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Teruskan kecemerlangan.

Ucapan daripada wakil pemimpin kecil, Adik Muhammad Fariz Zulkifly


Tn Guru Besar bersama anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan & Balai Polis Permas Jaya

Antara pemimpin kecil

Adam Khairul Irfan bersama watikahnya......

bersama rakan dari Pra Gemilang

Barisan Pemimpin kecil


Pemimpin-pemimpin kecil melafazkan ikrar diketuai oleh oleh Ketua Pengawas Sekolah


Ucapan perasmi, Supritendan Abd Samad B Salleh


En Adam B Haji Salim memberi ucapan


banner program

Sabtu, 19 Februari 2011

BUKU RINGKASAN MENGAJAR






Masa kat maktab dulu suka panggil Lesson plan....biar pun aku opsyen BM.......kat sekolah biasa buku RPH......atau lebih popular.....Buku Ringkasan Mengajar........

Bekerja dengan Boss aku skrg ni....beliau sgt mementingkan kesempurnaan buku ini.....zmn aku posting dulu.....buku ini ibarat nyawa.....x boleh tinggal sesuka hati.....kena jaga dengan baik......begitu lah boss aku skrg......

Beliau mahu buku ini lengkap.....apatah lagi skrg ia diambilkira sebagai SKT guru.....so....mesti lengkap dan sempurna....dan beliau mmg rajin meluangkan masa untuk memeriksa buku guru2 di sekolahku satu persatu...

Buku RPH dlm gambar milikku untuk tahun 2011.......gambar diambil pada 3 Januari 2011....hari portama persekolahan....aku dah entry dlm FB pun......saja nak tayang kat hubby yg dah x pyh buat menda ni lagi skrg.....



Isnin, 7 Februari 2011

AL-FATIHAH : KEPULANGAN BONDA ZAINON KAHAR KE RAHMATULLAH

Dalam kenangan :
Allahyarhamah Bonda Zainon Binti Kahar

Pada 27 Januari 2011 bersamaan 22 Safar 1432H yg lalu, kami dikejutkan dengan berita sedih apabila Bonda mertua iaitu Bonda Zainon Binti Kahar telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2.15 petang di rumah anak bongsunya di Puchong. Usianya menjengah 72 tahun. Allahyarhamah mempunyai 10 orang cahayamata (termasuk seorang yg telah meninggal dunia ketika kecil). Jenazahnya disempurnakan dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Tangkak pada jam 11.20 pagi hari Jumaat, 28 Januari 2011. Anak2, menantu, dan cucu Allahyarhamah amat terasa akan kehilangannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama roh orang2 yg salleh....amin........ Bonda (Tok Mak) sentiasa dalam ingatan...Al-Fatihah.........

Khamis, 16 Disember 2010

cuti.......

diam x diam.....lbh kurang 4 bulan aku x entry apa pun kat blog ni......faktor masa, kerja, dan kemalasan jadi penyumbang utama.......

Disember ni cuti akhir tahun sedang kulalui.....x ada plan apa2 pun nak bercuti ke mana2......cuma awal Disember lalu familyku join family besar adik-beradik hubby rehat2 di sebuah chalet di desaru, kota tinggi......

musim tengkujuh......x boleh mandi laut.....jadi kitaorg mandi kolam kat aptment tu je.......ok la.....melepaskan hajat anak2 nak mandi kolam...nama pun cuti.....rehat dan makan sepuas2nya.......

lepas tu aku smbung cuti hingga ahad lepas.....isnin semalam dah naik semula bekerja....hubby sambung kerja smula selepas cuti awal muharam.....hari ni pun aku ada bengkel mengisi skpm dan new deal untuk 2011 bersama gpk koku di PPD Pasir Gudang.....boss bersama gpk1 dah ke kluang untuk program B-GUN.......

kepada semua anak didik....selamat bercuti, isi masa dengan perkara berfaedah......kepada rakan seperjuangan........selamat berehat sebelum kita menghadapi dunia 2011........

dan 2 minggu lagi sesi persekolahan 2011 pun bermula........

Ahad, 22 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN 1431H


Ramadhan datang lagi....rasanya seperti baru semalam aku attach file ramadhan dalam blog ni.....kini bulan yang mulia ini datang kembali......

Tika ini Ramadhan telah berlangsung 12 hari....setakat ini wawa masih penuh berpuasa.......adam pulak telah lompang sehari.........hari pertama 'ter'buka puasa pulak.......mungkin lupa bahawa dia sedang berpuasa........kakak no problem, mungkin dah ada pengalaman berpuasa. Tapi ini merupakan pengalaman pertama adik......bersahur dalam keadaan pejam mata.....begitu teruja ketika berbuka.....maklum dah berlapar seharian.......

Puasa tahun ini juga aku dan hubby terpaksa menjalani kursus di Seri Malaysia Mersing selama tiga hari.....16-18 Ogos kelmarin........terpaksa kutinggalkan anak2 ini di rumah mak esah......masing2 dah bersekolah, kakak pula menjalani ujian setara sekolah agama kerajaan Johor.....nasib ada 'emak' dan 'nenek' mereka berdua ini.......terima kasih tak terhingga kepada mak esah......dan heroku betul2 mendengar kata neneknya......

Walau bagaimanapun, Ramadhan memang bulan terindah buatku......banyak kenangan, banyak pengalaman, banyak kelebihan.......hari lahir kakak tahun ini juga jatuh dlm bulan puasa.....dan arwah nenekku juga kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan 1403H.....telah 28 tahun berlalu....semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya dan ditempatkan dalam golongan org2 yg salleh...amin.....

Dan kita......syukur Alhamdulillah dapat bertemu Ramadhan ini.....mudah-mudahan bertemu Ramadhan mendatang, insya-Allah.......

Isnin, 5 Julai 2010

Majlis Perkahwinan


liana dan azam bersama tok mak, mama, ibu-ibu saudara, dan sepupu



wawa bersama sepupu (anak2 mak su izy) jadi flower girl......



Kala malam berinai......tema hijau.....



aksi di belakang pelamin.....adam & anas main kad



malam berinai.....i & hubby.....bkn sng nak posing berdua camni....



keluarga besar Puan Zainon Kahar.....mempelai bersama nenek, ibu bapa, ibu & bapa saudara, dan sepupu......mak si Izy, pak cu man, Danie & Alia x de dlm pic ni......



my family ngan pengantin



selepas majlis akad nikah.....



waktu mempelai br sampai......




Adat la....kala cuti sekolah....masa tu lah juga musim orang naik pelamin.....so, pada 5 dan 6 Jun 2010 yg lalu, aku dan family ke Bandar Baru Bukit Raja, Klang....ke rumah kakak suamiku yg sulung kerana meraikan majlis pernikahan dan persandingan anak saudara kami yg sulung.....aha, serba sulung......

Dah namanya pun majlis cucu yg sulung....pastinya meriah.....pulak tu sipengantin perempuan anak sulung dari 2 beradik je.......dan kitaorg pulak memang dah rancang utk memastikan hadir ke majlis ni......

Begitu la....majlis sebegini pastinya menghimpun sanak saudara dan menjadi medan pertemuan rakan taulan......

Kepada pasangan mempelai, Liana dan Azam.....Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal bahagia hingga ke syurga....kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat anda berdua......

Selepas ini pastinya anak2 saudara yg lain menanti giliran untuk naik pelamin....maklum, smua dah besar2.....yg kecil2 dan comel2 dapatlah menjadi flower girl mengiringi mempelai naik pelamin