Rabu, 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H






Salam Maal Hijrah 1434.....
Semoga bertambah amalan, kukuh iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT

Khamis, 30 Ogos 2012

Cipta Jalur Gemilang, logo 1Malaysia guna CD dan botol

Cipta Jalur Gemilang, logo 1Malaysia guna CD dan botol

55 TAHUN MERDEKA - JALUR GEMILANG

31 Ogos 2012, genap 55 tahun Malaysia tercinta ini merdeka.  Sempena kemerdekaan ini, warga SK Taman Permas Jaya 3 telah menghasilkan logo 1 Malaysia bersama Jalur Gemilang dan Bendera negeri Johor daripada kepingan CD dan botol mineral.

Idea master mind, Pn Sri Gauri Narayanan disokong dan dibantu oleh warga SK Taman Permas Jaya 3 menggunakan 2361 keping CD dan 829 botol mineral bersaiz 500ml yang diikat pada kepingan kawat besi. Kemudian, ia dicantumkan menjadi seolah-olah sebuah poster besar yang digantung pada koridor bangunan sekolah.

Projek ini dihasilkan bagi menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid.  Ia juga sebagai simbolik cenderamata istimewa sempena kemerdekaan Malaysia ke-55.  Kami sayang dan cinta Malaysia.....kami bangga dilahirkan sebagai warga Malaysia........

Sekalung penghargaan atas sokongan En Nordin Bin Mohd Saodi, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3 serta En Idris Bin Iran GPK Kurikulum & Pentadbiran yang sentiasa memberi sokongan padu untuk menjayakan projek ini.  Terima kasih kepada warga SKTPJ3 serta murid-murid yang menyumbang CD dan botol mineral.

Tahniah kepada Pn Sri Gauri & warga SK Taman Permas Jaya 3.....teruskan kegemilangan demi Malaysia tercinta.......














Kebanggaan warga SK Taman Permas Jaya 3



Cipta Jalur Gemilang, logo 1Malaysia guna CD dan botol

Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN 1433H


Diam tak diam, setahun masa telah berlalu.  Ramadhan datang lagi dengan seribu rahmat dan berkat.  Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesempatan untuk  melalui bulan yang penuh barakah ini.  Marilah kita merebut peluang untuk berpuasa yang sebenar-benarnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bertarawih, bertadarus, dan segala macam ibadah yang menjanjikan pahala yang berganda.  Marilah mencari malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Benarlah Ramadhan adalah bulan berpesta ibadah.

Buat anak-anakku, semoga kalian dapat melakukan ibadah puasa ini dengan sempurna.  Dan mudah-mudahan kita semua dapat melaluinya dengan sempurna, insya Allah......

Kepada saudara-saudaraku seluruh muslimin dan muslimat, Salam Ramadhan 1433 Hijrah. Selamat menempuh Ramadhan al-mubarak.  Selamat beribadah......

Ahad, 8 Julai 2012

Ramadhan yang dinanti


Lebih kurang 12 hari lagi, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelang tiba.  Bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam.  Semoga kita berkesempatan melaluinya, insya Allah.....Selamat datang Ramadhan 1433 Hijrah.  

Rabu, 6 Jun 2012

PENKEK @ LEMPENG

     Hari ni cuti lagi.  Hubby msh kerja, hari ni dia bersama geng PPDPGU mengikuti forum program pencegahan jenayah di Kompleks Islam JB.  Pagi ni memenuhi permintaan Wawa, bersarapan penkek @ lempeng.  Dah namanya pun lempeng, jadi, 15 minit dah siap berhidang.  

     
   
     Hanya bancuh tepung penkek bersama air, sedikit minyak/planta dan sebiji telur.   Nak lagi sedap tambah sedikit susu segar atau susu cair.  Lepas tu boh jem atau mentega kacang sebagai filling....

     Huh...xcited budak berdua ni menolong.........jom bersarapan......

Jumaat, 1 Jun 2012

PASTA CARBONARA

Hari ini cuti, setelah 4 hari bertugas.  Pagi2 lagi Wawa bertanya tentang pasta carbonara.  Okeh....ari ni umie masak.......tapi x de cendawan.    Adam pulak menyampuk.....x de cendawan pun tak pe....nak makan pasta carbonara.


Simple jer.....tambah udang & capsicum......so tengah hari ni lunch pasta carbonara udang & fresh oren.......esok nak buat spageti bolognese plak.....




Ahad, 29 April 2012

SERABUT

WAH, LAMANYA X UPDATE BLOG NIH!

Mmm.....setiap minggu ke klinik......sebelum ni Adam dapat bisul kat mata.......dalam serabut2, en hubby demam la plak.......balik dari kluang, badan rasa panas........esoknya dah sembuh semula, tapi x semena2 hubby dapat chicken pox plak.......yg seronoknya, doktor kata bukan chicken pox......anyway thanx la doktor......dia bagi ubat yg harganya mmg kaw2.....tp mujarab jugak.  Anti virus tu agak berkesan.........so empat hari la en hubby bercuti.......berehat la en hubby......sebelum ni penat aku tengok dia bekerja.....x pernah aku tengok dia sesibuk dan seserabut ni..........


Minggu ni ke Tangkak......balik kg sambil menyaksikan bolasepak MSSJ....2 org murid SKTPJ3 dapat wakil ke J.....yg sedihnya Fazly sekadar memenuhi bangku simpanan.....x tahu la petang ni....penentuan tempat ke3 dan ke-4.....maaflah, PGU dah kalah separuh akhir pagi tadi dengan Mersing 4-2....hai, mcm pesta diaorg kerana dpt kalahkan PGU........x apalah, bukan rezeki tahun ni.  Bwh 18 & 15 pun dah bungkus awal........tahun depan cuba lagi.......


Aku plak.....smbil menyelam minum air.......ambil kesempitan beli-belah kat syurga kain....heheh.....bila lagi beb.........

Mmmm......nak bersiap, mlm ni balik JB..........