Jumaat, 31 Julai 2009

Pecah Rumah






Sebenarnya peristiwa ni dah lama berlaku......kira-kira 2 tahun yg lalu.....saja, nak berkongsi kisah duka dan menggeramkan hati.....Bayangkanlah....penat-penat balik rumah, kami dapati pintu rumah dah sedia terbukak.....waktu tu hari pertama bersekolah selepas cuti raya selama seminggu.....Wawa tak sekolah ari tu, sakit perut...so dia duk la di rumah pengasuh yang dia panggil mak esah ngan adiknya, Adam. Rasa berderau darah apabila abang bgtau yang rumah dah kena pecah.....tengok2 kat ruang tamu ada sebatang penyodok dan 2 batang bapak spanar yang ku rasa telah digunakan oleh penyangak ni untuk memecah rumahku.....adu.....tengok atas meja makan dah rasa lain macam....ada sepah-sepah...masuk dalam bilik tido.....mak ai...lagi bersepah-sepah. Abis diharuknya......duit raya budakbudak ni yang dah siap kira, yang masih duk dalam ang pau, beg yang berisi buku-buku akaun pun abs disapunya. Terkilan betul....rupa-rupanya, cincin tunang, gelang kahwin, rantai dan loket pusaka pun lesap, termasuklah laptop yang baru kubeli lebih kurang 6 bulan. Dan yang kelakarnya, lipstik, perfume, blusher aku turut dikebas....... Beg baju pun hilang, buat isi barang la tu....handset buru kesayangan abang Nokia 5510 pun dirembat, ish,ish, melampo la diaorang ni. Lepas tu baru la abang buat report kat balai....jenuh la tunggu encik polis nak datang siasat. Begitu pun......Aku bersyukur kerana waktu kami pulang, penyangak tu dah lari....Kalau la dia masih kat situ....macam2 bleh berlaku. Aku rasa itu bukan rezeki kami sekeluarga, tak mengapa lah, selepas itu rezeki melimpah ruah.....buat sipenyangak....terlepas balasan dunia.....balasan akhirat tetap menanti.....bertaubatlah.....jangan buat lagi.

Khamis, 30 Julai 2009

JALAN-JALAN KE PANTAI TIMUR











PADA 5 Jun 2009 yang lalu, aku bersama adik lelaki, Amy serta anak-anak, Adam dan Wawa telah ke Pantai Timur. Tujuan utama kerana majlis pertunangan adik dengan seorang gadis dari Terengganu. Sambil menyelam minum air, dapat la jalan-jalan ke Terengganu dan Kelantan, sebab lepas tu kami menziarah Along dan family duk kat Jeli. Abang tak ikut, sebab dia awal-awal lagi dah tinggal kita.....huhu....dia bawak budak main bola la beb...peringkat MSSM di Kota Bharu, Kelate.....Tapi dapat la jumpa dia semasa singgah di Sek Agama Falahiyah KB. Excited anak-anakku apabila dapat jumpa ayah diaorang......Sebelum tu, majlis pertunangan berlangsung pada 6 Jun, Alhamdulillah dah selesai, kalau takde aral, November ni mereka disatukan. Petang 6 Jun, sempat shoppin' kat Pasar Payang....Kopak la dua tiga ratus...maklum la, pompuan ni, rambang mata.....

Tengah malam, 7 Jun sampai di rumah along di Jeli.....Ahad pagi tu....sempat jalan ke Rantau Panjang......Jumpa jugak abang & the gang shoppin kat sana....maklum la, toto serba murah......Petang tu, Along dah balik KL......dia dah transfer Mindeff da.....anak bini masih tinggal kat kelate lagi....ujung tahun baru pindah. Isnin 8 Jun baru la kita orang balik ke kampung.....tu sempat lagi jumpa member kat Machang......sempat singgah solat di Masjid Terapung....cantik beb.....Pas tu baru teruskan perjalanan.....Sampai di kampung pukul 2.00 pagi.......peh, tahan sungguh si Amy ni drive non stop.......Teringat2 lagi pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Lihatlah aksi-aksi yang sempat kurakam.......Yang tengah beradu tu anak bujangku...si Adam, baju purple tu anak daraku, Wawa....manakala yang duk bertiga tu, anak-anak buahku yang duk Kelate nu.....

Selasa, 28 Julai 2009

SKPJ4 CAMPING







Pada 11 Julai 2009 lalu, aku dan anak-anak berpeluang ikut abang ke majlis penutupan rasmi Program Perkhemahan SK Permas Jaya 4 di Tiram Indah Village. Seronok tengok gelagat murid-murid tahun 4 & 5 yang menyertai program ini. Mereka rasa seronok dan teruja nampaknya......tambah gembira apabila dapat hadiah. Tengok gelagat guru pembimbing pun seronok.....siap agih-agih hadiah lagi tu.....my hubby pun nampak segak ngan dia punya uniform KRS.....tapi dia lagi lega kerana satu lagi program kokurikulumnya dah berjaya diselesaikan.....tahniah bro........ewah.....aku pun apa lagi, tumpang semangkuk beb.

YOU LOOK BLUE



Hari yang biru.....atau 'anda nampak biru'......, entahlah, mana-mana ungkapan pun boleh. Gambar ini kuambil sewaktu sekolahku hendak mengadakan perhimpunan mingguan di Dataran Semarak, iaitu tapak perhimpunan sekolah pada 22 Jun yang lalu. Keceriaan teman-teman menambat hatiku lantas kuabadikan dalam blog ini. Anak murid pun suka lihat gelagat mereka. Nak kata boria tak juga.....uniform pun bukan......tak mengapalah, asalkan sopan tidak menjolok mata, hati pula bahagia dan seronok serta ikhlas dalam mendidik anak bangsa......teruskan.....

Isnin, 27 Julai 2009

Berilmu Berbakti














Tanpa
disedari, usia SK Taman Permas Jaya 3, Pasir Gudang telah menginjak tahun ke-9. Imbas kembali pada Februari 2001, kali pertama menjejakkan kaki di sekolah ini, serba-serbi kekurangan, yang ada kelas dengan kerusi meja, anak murid yg comel2, maklum la, tahap 1.


Sekarang, dengan kepimpinan Guru Besar yang ke-7, En Adam B Salim.....suasana fizikal sekolah dah berubah....aku rasa makin berseri.....Guru dan murid datang pergi bersilih ganti....Harapanku, semoga SKTPJ3 semakin cemerlang dan terus mencipta kejayaan, insyaAllah, manakala modal insannya juga terus berilmu dan sedia menabur bakti untuk agama, nusa, dan bangsa, amin.......