Jumaat, 31 Julai 2009

Pecah Rumah






Sebenarnya peristiwa ni dah lama berlaku......kira-kira 2 tahun yg lalu.....saja, nak berkongsi kisah duka dan menggeramkan hati.....Bayangkanlah....penat-penat balik rumah, kami dapati pintu rumah dah sedia terbukak.....waktu tu hari pertama bersekolah selepas cuti raya selama seminggu.....Wawa tak sekolah ari tu, sakit perut...so dia duk la di rumah pengasuh yang dia panggil mak esah ngan adiknya, Adam. Rasa berderau darah apabila abang bgtau yang rumah dah kena pecah.....tengok2 kat ruang tamu ada sebatang penyodok dan 2 batang bapak spanar yang ku rasa telah digunakan oleh penyangak ni untuk memecah rumahku.....adu.....tengok atas meja makan dah rasa lain macam....ada sepah-sepah...masuk dalam bilik tido.....mak ai...lagi bersepah-sepah. Abis diharuknya......duit raya budakbudak ni yang dah siap kira, yang masih duk dalam ang pau, beg yang berisi buku-buku akaun pun abs disapunya. Terkilan betul....rupa-rupanya, cincin tunang, gelang kahwin, rantai dan loket pusaka pun lesap, termasuklah laptop yang baru kubeli lebih kurang 6 bulan. Dan yang kelakarnya, lipstik, perfume, blusher aku turut dikebas....... Beg baju pun hilang, buat isi barang la tu....handset buru kesayangan abang Nokia 5510 pun dirembat, ish,ish, melampo la diaorang ni. Lepas tu baru la abang buat report kat balai....jenuh la tunggu encik polis nak datang siasat. Begitu pun......Aku bersyukur kerana waktu kami pulang, penyangak tu dah lari....Kalau la dia masih kat situ....macam2 bleh berlaku. Aku rasa itu bukan rezeki kami sekeluarga, tak mengapa lah, selepas itu rezeki melimpah ruah.....buat sipenyangak....terlepas balasan dunia.....balasan akhirat tetap menanti.....bertaubatlah.....jangan buat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan