Jumaat, 26 Ogos 2011

Jalur Gemilang Gergasi SK Taman Permas Jaya 3

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Terima kasih kepada Pn Fatimah Jamil, Guru Besar SKTPJ3 selaku penggalak utama, Tahniah kepada Pn Sri Gauri Narayanan sebagai master mind, Tahniah & syabas kepada seluruh warga SKTPJ3 selaku pendukung utama.......kita teruskan kecemerlangan.......kita cinta Malaysia.......

Sabtu, 13 Ogos 2011

RAMADHAN 1432 HIJRAH


ALHAMDULILLAH.......dengan izin-Nya bertemu kita kembali pada bulan Ramadhan al-mubarak 1432 Hijrah ini. Betapa pantas masa berlalu. Setahun telah kita tinggalkan Ramadhan 1431H. Kukira masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan.

Sebagaimana lazimnya, Ramadhan yang penuh berkat dan nikmat.....sewajarnya kita penuhinya dengan segala amal ibadah seiring dengan puasa yang kita jalani. Amat bertuahnya kita diberi nikmat menjalani ibadah puasa. Berlapar dahaga dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. Pada malamnya pula berbuka, bertarawikh, berqiamullail, bersahur. Diberi kesempatan pula mencari Lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir.

Semoga segala ibadah dan amalan kita diterima oleh-Nya dan beroleh ganjaran di sana nanti.....Insya Allah......



Ahad, 17 Julai 2011

BOLA SEPAK MSSJ 2011

Pada 8 Mei 2011, hubby mengajakku & anak2 ke Mersing......tengok anak buah yang menyertai Kejohanan Bola sepak MSSJ 2011......kebetulan 4 orang murid sekolahku terpilih mewakili daerah pasukan Bola Sepak 12, Pasir Gudang......so, jenguk anak buah sambil jalan2 makan angin.......

Keputusannya.....Pasukan 12 Johan MSSJ 2011, 15 tempat ke-4, 18 Naib Johan.........bravo Pasir Gudang......mantapkan usaha untuk tahun-tahun akan datang.........




naik roket???? ......sempat lagi......

waktu makan2......


sewaktu penutup.......Pasukan Pasir Gudang.......bert shirt biru


final 12 tahun.......P Gudang Vs Kluang

rest.......



hubby bersama pasukan bola sepak 12 Pasir Gudang 2011

Sabtu, 19 Mac 2011

UNIFORM KRS 2

Masih ingat entry uniform KRS dlm blog ini kira2 dua tahun lalu.........mmm, masa tu aku cerita tentang uniform KRS no. 3........masa tu berpangkat kapten........baju hijau muda, seluar hijau tua.....dah hampir 2 tahun kupakai uniform tersebut....berbaloi la beli mahal2 kan........

kali ni aku akan entry tentang uniform KRS juga.....tapi uniform no 2........sut hijau gelap dari hujung rambut hingga hujung kaki........kali ni tokey syarikat Idamanku, En azlan telah datang ke sekolah2 dalam daerah Pasir Gudang........antaranya sekolahku la........jadi beberapa orang guru....termasuk bossku telah menempah uniform ini........aku pun tak melepaskan peluang ini......

Mmmmm.....terbang la RM450.00.....termasuk topiku yang dipasang bunga padi.........sebelum ni tukar pangkat kat atas bahu kepada mejar pun dah terbang RM50.00 sepasang.......tapi memang puas hati dengan hasil Idamanku...harga memang standard........

Kepada teman2 dan sesiapa yg ingin mendapatkan khidmatnya bolehlah menghubungi En Azlan B Yusak di talian 0137368740 / 077726621, emel idamankutukangjahit@yahoo.com, atau datang ke kedainya di Taman Idaman, Kluang, Johor

Pada hari Rabu atau Isnin minggu ketiga.....Guru besar, semua GPK, dan guru2 yang memilikki uniform ini akan memakainya.......tampak segak dan kemas.......bukan setakat murid2 rasa kagum.......org luar yg datang pun respek.......cuma, kala balik dari sekolah, singgah la mana2 tujuan, org bertanya aku balik......eh, cikgu skrg dah x ngajar ke? Kerja apa pakai uniform cenggini ni? alahai......

Apa2 pun......tujuanku memakai uniform ini adalah untuk menyahut seruan KPM yg menguar-uarkan agar seluruh warga sekolah memakai uniform pasukan pakaian seragam pada setiap hari Rabu atau Isnin minggu ketiga......secara tidak langsung menggalakkan anak2 didik untuk memakainya pada masa ditetapkan......selamat beruniform


Uniform KRS No. 2

Bersama hubby ketika program perkhemahan pasukan beruniform SK Taman Permas Jaya 3, 2010 di Sedili, Kota Tinggi.....

Sabtu, 5 Mac 2011

MAKAN HONEY STAR

Apabila Nestle dtg ke sekolah.......bukan setakat murid-murid....guru-guru pun tumpang semangkuk seronok.........

Lihatlah aksi-aksi semasa Nestle datang.....dpt makan Honey star........bintang paling sedap di alam semesta.......











Sabtu, 26 Februari 2011

MERAIKAN HARI ISTIMEWA



Sempena Hari Istimewa.......mmmm....sebenarnya ia berlaku pada bulan Oktober lalu.......makan2 di Secret recipe sempena birthdayku, birthday adik, dan ulangtahun perkahwinan.....3 in 1.......

Mmm....makaroni dia mmg power....tp.....anak bujangku plak yg lebih2.......x pe la dik.....makan......

Tahun ni......rasanya celebrate kat Secret Recipe lagi......mmg sedap....and thanx Bard......mmg special @ Secret Recipe........




Kek harijadiku......sedap


mmm....adik.....betul2 menikmati......


kakak dengan spagetinya....


tinggal sikit.....utk mak dia la ni.....


best.....aku pun dah lupa nama dia....kena tanya bard smula ni.....


Rabu, 23 Februari 2011

PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2011


Pada 21 Februari 2011 Unit Pengawas dan Ketua Darjah SK Taman Permas Jaya 3 telah mengadakan program Pelantikan Pemimpin-pemimpin Kecil 2011 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua serta Penolong Ketua Darjah. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh Supritendan Abdul Samad Bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Beberapa orang anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Balai serta beberapa orang anggota dari Balai Polis Permas Jaya turut hadir mengiringi.

Jika tahun sebelum ini pihak sekolah mengundang YB dan pihak PPD Pasir Gudang, tahun ini pihak polis pula dijemput untuk merasmikan majlis sekaligus menyampaikan watikah berkenaan. Ia merupakan cetusan idea En Adam B Haji Salim, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3.

Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil yang dilantik. Semoga semua pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berdedikasi. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Syabas juga kepada Pn Zaliha Yusuf, En Fauzi Zakaria, Pn Sri Gauri, dan Pn Kamsiah Maulud serta seluruh ahli jawatankuasa kerja kerana program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Teruskan kecemerlangan.

Ucapan daripada wakil pemimpin kecil, Adik Muhammad Fariz Zulkifly


Tn Guru Besar bersama anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan & Balai Polis Permas Jaya

Antara pemimpin kecil

Adam Khairul Irfan bersama watikahnya......

bersama rakan dari Pra Gemilang

Barisan Pemimpin kecil


Pemimpin-pemimpin kecil melafazkan ikrar diketuai oleh oleh Ketua Pengawas Sekolah


Ucapan perasmi, Supritendan Abd Samad B Salleh


En Adam B Haji Salim memberi ucapan


banner program

Sabtu, 19 Februari 2011

BUKU RINGKASAN MENGAJAR






Masa kat maktab dulu suka panggil Lesson plan....biar pun aku opsyen BM.......kat sekolah biasa buku RPH......atau lebih popular.....Buku Ringkasan Mengajar........

Bekerja dengan Boss aku skrg ni....beliau sgt mementingkan kesempurnaan buku ini.....zmn aku posting dulu.....buku ini ibarat nyawa.....x boleh tinggal sesuka hati.....kena jaga dengan baik......begitu lah boss aku skrg......

Beliau mahu buku ini lengkap.....apatah lagi skrg ia diambilkira sebagai SKT guru.....so....mesti lengkap dan sempurna....dan beliau mmg rajin meluangkan masa untuk memeriksa buku guru2 di sekolahku satu persatu...

Buku RPH dlm gambar milikku untuk tahun 2011.......gambar diambil pada 3 Januari 2011....hari portama persekolahan....aku dah entry dlm FB pun......saja nak tayang kat hubby yg dah x pyh buat menda ni lagi skrg.....



Isnin, 7 Februari 2011

AL-FATIHAH : KEPULANGAN BONDA ZAINON KAHAR KE RAHMATULLAH

Dalam kenangan :
Allahyarhamah Bonda Zainon Binti Kahar

Pada 27 Januari 2011 bersamaan 22 Safar 1432H yg lalu, kami dikejutkan dengan berita sedih apabila Bonda mertua iaitu Bonda Zainon Binti Kahar telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2.15 petang di rumah anak bongsunya di Puchong. Usianya menjengah 72 tahun. Allahyarhamah mempunyai 10 orang cahayamata (termasuk seorang yg telah meninggal dunia ketika kecil). Jenazahnya disempurnakan dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Tangkak pada jam 11.20 pagi hari Jumaat, 28 Januari 2011. Anak2, menantu, dan cucu Allahyarhamah amat terasa akan kehilangannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama roh orang2 yg salleh....amin........ Bonda (Tok Mak) sentiasa dalam ingatan...Al-Fatihah.........