Masih ingat entry uniform KRS dlm blog ini kira2 dua tahun lalu.........mmm, masa tu aku cerita tentang uniform KRS no. 3........masa tu berpangkat kapten........baju hijau muda, seluar hijau tua.....dah hampir 2 tahun kupakai uniform tersebut....berbaloi la beli mahal2 kan........
kali ni aku akan entry tentang uniform KRS juga.....tapi uniform no 2........sut hijau gelap dari hujung rambut hingga hujung kaki........kali ni tokey syarikat Idamanku, En azlan telah datang ke sekolah2 dalam daerah Pasir Gudang........antaranya sekolahku la........jadi beberapa orang guru....termasuk bossku telah menempah uniform ini........aku pun tak melepaskan peluang ini......
Mmmmm.....terbang la RM450.00.....termasuk topiku yang dipasang bunga padi.........sebelum ni tukar pangkat kat atas bahu kepada mejar pun dah terbang RM50.00 sepasang.......tapi memang puas hati dengan hasil Idamanku...harga memang standard........
Kepada teman2 dan sesiapa yg ingin mendapatkan khidmatnya bolehlah menghubungi En Azlan B Yusak di talian 0137368740 / 077726621, emel idamankutukangjahit@yahoo.com, atau datang ke kedainya di Taman Idaman, Kluang, Johor
Pada hari Rabu atau Isnin minggu ketiga.....Guru besar, semua GPK, dan guru2 yang memilikki uniform ini akan memakainya.......tampak segak dan kemas.......bukan setakat murid2 rasa kagum.......org luar yg datang pun respek.......cuma, kala balik dari sekolah, singgah la mana2 tujuan, org bertanya aku balik......eh, cikgu skrg dah x ngajar ke? Kerja apa pakai uniform cenggini ni? alahai......
Apa2 pun......tujuanku memakai uniform ini adalah untuk menyahut seruan KPM yg menguar-uarkan agar seluruh warga sekolah memakai uniform pasukan pakaian seragam pada setiap hari Rabu atau Isnin minggu ketiga......secara tidak langsung menggalakkan anak2 didik untuk memakainya pada masa ditetapkan......selamat beruniform
Uniform KRS No. 2
Bersama hubby ketika program perkhemahan pasukan beruniform SK Taman Permas Jaya 3, 2010 di Sedili, Kota Tinggi.....
sebagai makluman, lencana dan kedudukannya pada seragam ini telah diletakkan oleh pembekal pakaian ini yg kelihatannya amat pakar berbanding kami. Secara jujurnya, ramai guru termasuk sy sendiri hanya menerima set lengkap yg dibeli memandangkan ia sudah sedia ada dan termasuk dalam set seragam tersebut. Kami juga belum menerima tauliah memandangkan program ini dijalankan secara berperingkat, dan guru2 terutamanya para pentadbir sekolah digalakkan memakai seragam KRS. Malahan, melalui rujukan sy di internet jg, seragam KRS menggunakan lencana spt yg sy miliki.
BalasPadamcara pemakaian seragam ini boleh dirujuk melalui Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah yg disediakan olehBahagia Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
BalasPadam