Rabu, 26 Ogos 2009

UNIFORM KRS





21 Ogos 2009, hari pertama puasa, abang mengajakku ke Kluang. Kami mengunjungi Kedai Idamanku, kedai yang menjual pakaian seragam unit-unit beruniform di Taman Idaman. Aku tanpa banyak soal, menurut aje la. Abang ingin membeli kasut bagi unit beruniform. Aku plak, dah alang-alang ke kedai tu, apalagi....membeli la sepasang uniform KRS yang berpangkat kapten. Kopak la RM300 lebih untuk mendapatkan uniform lengkap tersebut dari hujung rambut ke hujung kaki. Emm...nampaknya aku akan pakai uniform tersebut setiap hari Rabu....nak menggalakkan anak murid pakai jugak. Kalau sebelum ni sering pakai uniform Puteri Islam....lepas ni tukar selera la pulak....selamat beruniform.

SALAM RAMADHAN 1430H


Tidak lewat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan 1430H. Syukur Alhamdulillah, Allah memanjangkan usia setahun lagi untuk kita menikmati keindahan Ramadhan pada tahun ini. Sememangnya aku menantikan kehadiran bulan yang mulia ini. Sesungguhnya amat bahagia apabila dapat bersahur, berbuka, bertarawih, membaca al-Quran, bersolat tengah malam apabila ada kesempatan dan kemampuan, mencari malam lailatulqadar, serta merenung keindahan awal pagi yang sering memaparkan keredupan cuaca dalam bulan Ramadhan ini, para malaikat sedang naik ke atas langit barangkali. Masih terkenang saat pertama kali belajar berpuasa iaitu semasa darjah 1. Puasa setengah hari je....tapi berat betul dugaannya. Puteriku telah kuasuh berpuasa semasa berusia 5 tahun. Alhamdulillah dia mampu melakukan walaupun tidak cukup dua hari kerana keletihan dan demam. Mudah-mudahan sebagai hamba-Nya, kita mampu menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini dengan penuh kesyukuran dan diterima oleh-Nya, amin......

Khamis, 20 Ogos 2009

TAHUN 6, OH, TAHUN 6!







Tinggal 19 hari lagi, anak-anak Tahun 6 akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8, 9 dan 10 September 2009. Mana-mana sekolah kebangsaan sekarang sudah pasti sedang sibuk mengasah anak-anak ini agar beroleh kejayaan dalam peperiksaan tersebut. SK Taman Permas Jaya 3 tidak ketinggalan dengan pelbagai program diatur untuk mereka. Sebagai contoh, Program Keibubapaan yang diadakan pada bulan Januari. Ceramah Teknik Menjawab soalan, Program Motivasi, Gerak Gempur, Solat Hajat, bacaan yaasin, Program kecemerlangan, Kelas tambahan, kelas aset, latih tubi, ....dan, huh, banyak lagi lah. Senang cerita, cikgu-cikgu sekarang ni tengah muntah mengalahkan murid itu sendiri.....umpamanya la....

Tidak dinafikan, dalam kita sibuk mengatur pelbagai program, ada dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa juga yang tak kisah.....walaupun, UPSR sudah semakin hampir. Tapi, satu dua kes je lah. Namun begitu, hati terubat apabila majoriti mereka mengikuti dengan sepenuh hati.......menandakan sudah bersedia menghadapi ujian itu. Minggu ini Ujian Pengesanan Prestasi Murid ke-4 dijalankan. Lihatlah suasana di dewan peperiksaan. Berdebar-debar kata diaorang, sebab ujian percubaan.....dan lihatlah sibuknya SU peperiksaan sekolah, En Norsuhaiadi Supardi...alias.....Cikgu Bob.....semuanya kerana anak-anak Tahun 6 ini. Wahai, anak-anak didikku, semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang....amin....

Selasa, 18 Ogos 2009

TEMPURUNG MERDEKA









Bulan Merdeka datang lagi. SKTPJ3 kebanggaanku tidak ketinggalan meraikannya. Sempena bulan kemerdekaan tahun ini, sekolahku melaksanakan projek membuat Jalur Gemilang daripada tempurung kelapa. Master mindnya, Pn Sri Gauri....Beliau bersama guru-guru SKTPJ3 yang sentiasa komited dengan dibantu oleh anak-anak didik telah berusaha bersungguh-sungguh sejak sebulan yang lalu.

Langkah pertama, Cikgu Sri Gauri dibantu oleh Cikgu Zabri dan Cikgu Hazlina telah mengangkut tempurung-tempurung dari TS Best Mart dengan menaiki DS dan DBA masing-masing. Langkah seterusnya, tempurung perlu dibersihkan hingga licin. Ini yang paling leceh wooo....Di sekolah, ada murid yang tolong bawa balik ke rumah, malah tak ketinggalan ada ibu bapa yang membantunya di rumah. Terima kasih la banyak-banyak.

Langkah ketiga, cat dan jemur tempurung tu....ikut warna Jalur Gemilang. Tang ni budak suka....main cat. Poning cikgu.....tu belum masuk ada budak mempergunakan projek ni untuk tipu ibu bapa sebab nak pegi CC....ciss.

Selanjutnya, menyusun mengikut corak dan paten dikehendaki.....lihat la gambar-gambar yang dipaparkan. Dari mula tapak dibersihkan, mengecat tempurung, menyusun dan kelihatan bentuk Jalur Gemilang bersama bunga raya dapat dihasilkan. Nih tak abis lagi nih.....InsyaAllah, esok lusa aku akan paparkan cerita selanjutnya.....

Sabtu, 15 Ogos 2009

Happy Birthday 2 you







DIAM tak diam, usia anak sulungku, Sofiyah Khairun Najwa Binti Mohd Asri dah mencecah lapan tahun. Pantasnya masa berlalu.....13 Ogos datang lagi. Kalau lapan tahun dahulu, tepat jam 1.36 pagi, Wawa baru dilahirkan ke dunia, tetapi hari ini dia telah menyambut ulang tahunnya yang ke-lapan. Apabila melewati Hospital Sultanah Aminah, sering kuingatkan, inilah 'tempat tanah tumpah darah Kakak'. Dia yang masih mentah sering juga bertanya, kenapa tanah tumpah darahnya.....seperti lagu Negaraku.....dan kerapkali juga ayahnya memberitahu maksud kata-kataku....

Sempena ulang tahun kelahirannya, kami sekeluarga meraikannya di sebuah restoran berhampiran dengan rumah. Aku sempat membelikannya sebiji kek dan celebrate di rumah. Yang syoknya....adiknya pulak lebih-lebih, cam dia yang sambut birthday....lihatlah aksinya...tumpang semangkuk...


Seminggu sebelum tu, kami meraikan harijadinya di kampung abang...kat Tangkak....meriah, sambut bersama ahli keluarga yang lain. Sesiapa yang sambut birthday dari bulan Mei hingga Ogos, kami raikan sama-sama. yang seronok budak-budak, kita orang tua nih tumpang semangkuk je. Walau bagaimanapun, Tok mak la yang begitu riang, sebab, anak, cucu, menantu semua ada.....tambah pula mak su Izy, adik abang ask yang bungsu akan menimang cahaya mata ke-5 bulan Februari nanti....tambah lagi anak sedara.....


Buat anakku, Umie dan ayah sentiasa mendoakan kebahagiaan, keselamatan, kesejahteraan Kakak Wawa...Harapan Umie dan ayah semoga Kakak Wawa menjadi anak yang baik dan solehah, rajin lah belajar, menjadi contoh kepada adik-adik, mencapai kejayaan pada masa hadapan, dan menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara, amin.....