Rabu, 26 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN 1430H


Tidak lewat rasanya untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan 1430H. Syukur Alhamdulillah, Allah memanjangkan usia setahun lagi untuk kita menikmati keindahan Ramadhan pada tahun ini. Sememangnya aku menantikan kehadiran bulan yang mulia ini. Sesungguhnya amat bahagia apabila dapat bersahur, berbuka, bertarawih, membaca al-Quran, bersolat tengah malam apabila ada kesempatan dan kemampuan, mencari malam lailatulqadar, serta merenung keindahan awal pagi yang sering memaparkan keredupan cuaca dalam bulan Ramadhan ini, para malaikat sedang naik ke atas langit barangkali. Masih terkenang saat pertama kali belajar berpuasa iaitu semasa darjah 1. Puasa setengah hari je....tapi berat betul dugaannya. Puteriku telah kuasuh berpuasa semasa berusia 5 tahun. Alhamdulillah dia mampu melakukan walaupun tidak cukup dua hari kerana keletihan dan demam. Mudah-mudahan sebagai hamba-Nya, kita mampu menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini dengan penuh kesyukuran dan diterima oleh-Nya, amin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan