Rabu, 6 Jun 2012

PENKEK @ LEMPENG

     Hari ni cuti lagi.  Hubby msh kerja, hari ni dia bersama geng PPDPGU mengikuti forum program pencegahan jenayah di Kompleks Islam JB.  Pagi ni memenuhi permintaan Wawa, bersarapan penkek @ lempeng.  Dah namanya pun lempeng, jadi, 15 minit dah siap berhidang.  

     
   
     Hanya bancuh tepung penkek bersama air, sedikit minyak/planta dan sebiji telur.   Nak lagi sedap tambah sedikit susu segar atau susu cair.  Lepas tu boh jem atau mentega kacang sebagai filling....

     Huh...xcited budak berdua ni menolong.........jom bersarapan......

Jumaat, 1 Jun 2012

PASTA CARBONARA

Hari ini cuti, setelah 4 hari bertugas.  Pagi2 lagi Wawa bertanya tentang pasta carbonara.  Okeh....ari ni umie masak.......tapi x de cendawan.    Adam pulak menyampuk.....x de cendawan pun tak pe....nak makan pasta carbonara.


Simple jer.....tambah udang & capsicum......so tengah hari ni lunch pasta carbonara udang & fresh oren.......esok nak buat spageti bolognese plak.....