Salam Maal Hijrah 1434.....
Semoga bertambah amalan, kukuh iman dan ketaqwaan kepada Allah SWTRabu, 14 November 2012
Khamis, 30 Ogos 2012
55 TAHUN MERDEKA - JALUR GEMILANG
31 Ogos 2012, genap 55 tahun Malaysia tercinta ini merdeka. Sempena kemerdekaan ini, warga SK Taman Permas Jaya 3 telah menghasilkan logo 1 Malaysia bersama Jalur Gemilang dan Bendera negeri Johor daripada kepingan CD dan botol mineral.
Idea master mind, Pn Sri Gauri Narayanan disokong dan dibantu oleh warga SK Taman Permas Jaya 3 menggunakan 2361 keping CD dan 829 botol mineral bersaiz 500ml yang diikat pada kepingan kawat besi. Kemudian, ia dicantumkan menjadi seolah-olah sebuah poster besar yang digantung pada koridor bangunan sekolah.
Projek ini dihasilkan bagi menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid. Ia juga sebagai simbolik cenderamata istimewa sempena kemerdekaan Malaysia ke-55. Kami sayang dan cinta Malaysia.....kami bangga dilahirkan sebagai warga Malaysia........
Sekalung penghargaan atas sokongan En Nordin Bin Mohd Saodi, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3 serta En Idris Bin Iran GPK Kurikulum & Pentadbiran yang sentiasa memberi sokongan padu untuk menjayakan projek ini. Terima kasih kepada warga SKTPJ3 serta murid-murid yang menyumbang CD dan botol mineral.
Tahniah kepada Pn Sri Gauri & warga SK Taman Permas Jaya 3.....teruskan kegemilangan demi Malaysia tercinta.......

Kebanggaan warga SK Taman Permas Jaya 3
Jumaat, 20 Julai 2012
RAMADHAN 1433H
Diam tak diam, setahun masa telah berlalu. Ramadhan datang lagi dengan seribu rahmat dan berkat. Alhamdulillah, Allah masih memberi kita kesempatan untuk melalui bulan yang penuh barakah ini. Marilah kita merebut peluang untuk berpuasa yang sebenar-benarnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bertarawih, bertadarus, dan segala macam ibadah yang menjanjikan pahala yang berganda. Marilah mencari malam Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Benarlah Ramadhan adalah bulan berpesta ibadah.
Buat anak-anakku, semoga kalian dapat melakukan ibadah puasa ini dengan sempurna. Dan mudah-mudahan kita semua dapat melaluinya dengan sempurna, insya Allah......
Kepada saudara-saudaraku seluruh muslimin dan muslimat, Salam Ramadhan 1433 Hijrah. Selamat menempuh Ramadhan al-mubarak. Selamat beribadah......
Ahad, 8 Julai 2012
Ramadhan yang dinanti
Lebih kurang 12 hari lagi, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelang tiba. Bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Semoga kita berkesempatan melaluinya, insya Allah.....Selamat datang Ramadhan 1433 Hijrah.
Rabu, 6 Jun 2012
PENKEK @ LEMPENG
Hari ni cuti lagi. Hubby msh kerja, hari ni dia bersama geng PPDPGU mengikuti forum program pencegahan jenayah di Kompleks Islam JB. Pagi ni memenuhi permintaan Wawa, bersarapan penkek @ lempeng. Dah namanya pun lempeng, jadi, 15 minit dah siap berhidang.
Hanya bancuh tepung penkek bersama air, sedikit minyak/planta dan sebiji telur. Nak lagi sedap tambah sedikit susu segar atau susu cair. Lepas tu boh jem atau mentega kacang sebagai filling....
Huh...xcited budak berdua ni menolong.........jom bersarapan......
Jumaat, 1 Jun 2012
PASTA CARBONARA
Hari ini cuti, setelah 4 hari bertugas. Pagi2 lagi Wawa bertanya tentang pasta carbonara. Okeh....ari ni umie masak.......tapi x de cendawan. Adam pulak menyampuk.....x de cendawan pun tak pe....nak makan pasta carbonara.
Simple jer.....tambah udang & capsicum......so tengah hari ni lunch pasta carbonara udang & fresh oren.......esok nak buat spageti bolognese plak.....
Simple jer.....tambah udang & capsicum......so tengah hari ni lunch pasta carbonara udang & fresh oren.......esok nak buat spageti bolognese plak.....
Ahad, 29 April 2012
SERABUT
WAH, LAMANYA X UPDATE BLOG NIH!
Mmm.....setiap minggu ke klinik......sebelum ni Adam dapat bisul kat mata.......dalam serabut2, en hubby demam la plak.......balik dari kluang, badan rasa panas........esoknya dah sembuh semula, tapi x semena2 hubby dapat chicken pox plak.......yg seronoknya, doktor kata bukan chicken pox......anyway thanx la doktor......dia bagi ubat yg harganya mmg kaw2.....tp mujarab jugak. Anti virus tu agak berkesan.........so empat hari la en hubby bercuti.......berehat la en hubby......sebelum ni penat aku tengok dia bekerja.....x pernah aku tengok dia sesibuk dan seserabut ni..........
Minggu ni ke Tangkak......balik kg sambil menyaksikan bolasepak MSSJ....2 org murid SKTPJ3 dapat wakil ke J.....yg sedihnya Fazly sekadar memenuhi bangku simpanan.....x tahu la petang ni....penentuan tempat ke3 dan ke-4.....maaflah, PGU dah kalah separuh akhir pagi tadi dengan Mersing 4-2....hai, mcm pesta diaorg kerana dpt kalahkan PGU........x apalah, bukan rezeki tahun ni. Bwh 18 & 15 pun dah bungkus awal........tahun depan cuba lagi.......

Aku plak.....smbil menyelam minum air.......ambil kesempitan beli-belah kat syurga kain....heheh.....bila lagi beb.........
Mmmm......nak bersiap, mlm ni balik JB..........
Jumaat, 26 Ogos 2011
Jalur Gemilang Gergasi SK Taman Permas Jaya 3
Utusan Malaysia Online - Pendidikan
Terima kasih kepada Pn Fatimah Jamil, Guru Besar SKTPJ3 selaku penggalak utama, Tahniah kepada Pn Sri Gauri Narayanan sebagai master mind, Tahniah & syabas kepada seluruh warga SKTPJ3 selaku pendukung utama.......kita teruskan kecemerlangan.......kita cinta Malaysia.......

Sabtu, 13 Ogos 2011
RAMADHAN 1432 HIJRAH
ALHAMDULILLAH.......dengan izin-Nya bertemu kita kembali pada bulan Ramadhan al-mubarak 1432 Hijrah ini. Betapa pantas masa berlalu. Setahun telah kita tinggalkan Ramadhan 1431H. Kukira masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan.
Sebagaimana lazimnya, Ramadhan yang penuh berkat dan nikmat.....sewajarnya kita penuhinya dengan segala amal ibadah seiring dengan puasa yang kita jalani. Amat bertuahnya kita diberi nikmat menjalani ibadah puasa. Berlapar dahaga dan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. Pada malamnya pula berbuka, bertarawikh, berqiamullail, bersahur. Diberi kesempatan pula mencari Lailatulqadar pada sepuluh malam terakhir.
Semoga segala ibadah dan amalan kita diterima oleh-Nya dan beroleh ganjaran di sana nanti.....Insya Allah......

Ahad, 17 Julai 2011
BOLA SEPAK MSSJ 2011
Pada 8 Mei 2011, hubby mengajakku & anak2 ke Mersing......tengok anak buah yang menyertai Kejohanan Bola sepak MSSJ 2011......kebetulan 4 orang murid sekolahku terpilih mewakili daerah pasukan Bola Sepak 12, Pasir Gudang......so, jenguk anak buah sambil jalan2 makan angin.......
Keputusannya.....Pasukan 12 Johan MSSJ 2011, 15 tempat ke-4, 18 Naib Johan.........bravo Pasir Gudang......mantapkan usaha untuk tahun-tahun akan datang.........
Keputusannya.....Pasukan 12 Johan MSSJ 2011, 15 tempat ke-4, 18 Naib Johan.........bravo Pasir Gudang......mantapkan usaha untuk tahun-tahun akan datang.........
hubby bersama pasukan bola sepak 12 Pasir Gudang 2011
Sabtu, 19 Mac 2011
UNIFORM KRS 2
Masih ingat entry uniform KRS dlm blog ini kira2 dua tahun lalu.........mmm, masa tu aku cerita tentang uniform KRS no. 3........masa tu berpangkat kapten........baju hijau muda, seluar hijau tua.....dah hampir 2 tahun kupakai uniform tersebut....berbaloi la beli mahal2 kan........
kali ni aku akan entry tentang uniform KRS juga.....tapi uniform no 2........sut hijau gelap dari hujung rambut hingga hujung kaki........kali ni tokey syarikat Idamanku, En azlan telah datang ke sekolah2 dalam daerah Pasir Gudang........antaranya sekolahku la........jadi beberapa orang guru....termasuk bossku telah menempah uniform ini........aku pun tak melepaskan peluang ini......
Mmmmm.....terbang la RM450.00.....termasuk topiku yang dipasang bunga padi.........sebelum ni tukar pangkat kat atas bahu kepada mejar pun dah terbang RM50.00 sepasang.......tapi memang puas hati dengan hasil Idamanku...harga memang standard........
Kepada teman2 dan sesiapa yg ingin mendapatkan khidmatnya bolehlah menghubungi En Azlan B Yusak di talian 0137368740 / 077726621, emel idamankutukangjahit@yahoo.com, atau datang ke kedainya di Taman Idaman, Kluang, Johor
Pada hari Rabu atau Isnin minggu ketiga.....Guru besar, semua GPK, dan guru2 yang memilikki uniform ini akan memakainya.......tampak segak dan kemas.......bukan setakat murid2 rasa kagum.......org luar yg datang pun respek.......cuma, kala balik dari sekolah, singgah la mana2 tujuan, org bertanya aku balik......eh, cikgu skrg dah x ngajar ke? Kerja apa pakai uniform cenggini ni? alahai......
Apa2 pun......tujuanku memakai uniform ini adalah untuk menyahut seruan KPM yg menguar-uarkan agar seluruh warga sekolah memakai uniform pasukan pakaian seragam pada setiap hari Rabu atau Isnin minggu ketiga......secara tidak langsung menggalakkan anak2 didik untuk memakainya pada masa ditetapkan......selamat beruniform
Uniform KRS No. 2

Bersama hubby ketika program perkhemahan pasukan beruniform SK Taman Permas Jaya 3, 2010 di Sedili, Kota Tinggi.....
Sabtu, 5 Mac 2011
MAKAN HONEY STAR
Sabtu, 26 Februari 2011
MERAIKAN HARI ISTIMEWA
Sempena Hari Istimewa.......mmmm....sebenarnya ia berlaku pada bulan Oktober lalu.......makan2 di Secret recipe sempena birthdayku, birthday adik, dan ulangtahun perkahwinan.....3 in 1.......
Mmm....makaroni dia mmg power....tp.....anak bujangku plak yg lebih2.......x pe la dik.....makan......
Tahun ni......rasanya celebrate kat Secret Recipe lagi......mmg sedap....and thanx Bard......mmg special @ Secret Recipe........
Kek harijadiku......sedap

mmm....adik.....betul2 menikmati......

kakak dengan spagetinya....

tinggal sikit.....utk mak dia la ni.....

best.....aku pun dah lupa nama dia....kena tanya bard smula ni.....
Rabu, 23 Februari 2011
PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2011
Pada 21 Februari 2011 Unit Pengawas dan Ketua Darjah SK Taman Permas Jaya 3 telah mengadakan program Pelantikan Pemimpin-pemimpin Kecil 2011 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua serta Penolong Ketua Darjah. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh Supritendan Abdul Samad Bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Beberapa orang anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Balai serta beberapa orang anggota dari Balai Polis Permas Jaya turut hadir mengiringi.
Jika tahun sebelum ini pihak sekolah mengundang YB dan pihak PPD Pasir Gudang, tahun ini pihak polis pula dijemput untuk merasmikan majlis sekaligus menyampaikan watikah berkenaan. Ia merupakan cetusan idea En Adam B Haji Salim, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3.
Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil yang dilantik. Semoga semua pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berdedikasi. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Syabas juga kepada Pn Zaliha Yusuf, En Fauzi Zakaria, Pn Sri Gauri, dan Pn Kamsiah Maulud serta seluruh ahli jawatankuasa kerja kerana program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Teruskan kecemerlangan.
Ucapan daripada wakil pemimpin kecil, Adik Muhammad Fariz Zulkifly
Tn Guru Besar bersama anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan & Balai Polis Permas Jaya
Antara pemimpin kecil
Adam Khairul Irfan bersama watikahnya......
Langgan:
Catatan (Atom)