Khamis, 30 Ogos 2012
55 TAHUN MERDEKA - JALUR GEMILANG
31 Ogos 2012, genap 55 tahun Malaysia tercinta ini merdeka. Sempena kemerdekaan ini, warga SK Taman Permas Jaya 3 telah menghasilkan logo 1 Malaysia bersama Jalur Gemilang dan Bendera negeri Johor daripada kepingan CD dan botol mineral.
Idea master mind, Pn Sri Gauri Narayanan disokong dan dibantu oleh warga SK Taman Permas Jaya 3 menggunakan 2361 keping CD dan 829 botol mineral bersaiz 500ml yang diikat pada kepingan kawat besi. Kemudian, ia dicantumkan menjadi seolah-olah sebuah poster besar yang digantung pada koridor bangunan sekolah.
Projek ini dihasilkan bagi menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid. Ia juga sebagai simbolik cenderamata istimewa sempena kemerdekaan Malaysia ke-55. Kami sayang dan cinta Malaysia.....kami bangga dilahirkan sebagai warga Malaysia........
Sekalung penghargaan atas sokongan En Nordin Bin Mohd Saodi, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3 serta En Idris Bin Iran GPK Kurikulum & Pentadbiran yang sentiasa memberi sokongan padu untuk menjayakan projek ini. Terima kasih kepada warga SKTPJ3 serta murid-murid yang menyumbang CD dan botol mineral.
Tahniah kepada Pn Sri Gauri & warga SK Taman Permas Jaya 3.....teruskan kegemilangan demi Malaysia tercinta.......

Kebanggaan warga SK Taman Permas Jaya 3
Langgan:
Catatan (Atom)