Ahad, 1 November 2009

AIDIL FITRI 1430HIJRAH

anak - anak saudara sebelah suamiku semasa pulang berhari raya di Tangkak...meriah beb

Kami sekeluarga semasa pulang ke rumah Tok Mak di Tangkak

bersama my hubby, Asri......semasa hari raya pertama

Keriangan wajah embah berdua bersama kami sekeluarga semasa hari raya pertama

sedondon warna hijau gelap untuk Aidil Fitri 1430H


RAMADHAN 1430H telah berlalu. Aidil Fitri menjelma kini. Setelah sebulan menjalani ibadah puasa, seluruh umat Islam menyambut lebaran yang mulia. Aku, suami, dan anak-anak menyambutnya di kampung kelahiranku, Kg Parit Perpat Darat, Rengit, Batu Pahat bersama ibu bapa dan keluarga tercinta. Hari Raya kedua, kami sekeluarga beraya di rumah keluarga suami di Kg Padang Lalang, Tangkak, Johor.

Yang pastinya, anak-anak begitu gembira dengan Aidil Fitri. Dapat balik kampung, dapat berbaju baru, makan ketupat, lemang, kuih raya, dapat jumpa embah, tok mak, ibu bapa saudara, sepupu sepapat, dan yang paling penting dapat duit raya. Ibu bapa di kampung juga berbesar hati dengan kepulangan anak-anak dan cucu cicit. Meriahnya Aidil Fitri mereka.

Aidil Fitri ini juga menemukan aku dengan sepupu dan anak saudara yang dah bertahun tak ketemu. Dah besar anak saudaraku, dah habis pengajian dan hampir memulakan pekerjaan. Begitu lah hari raya.......Aku sendiri amat tersentuh dengan hari raya.......Semoga panjang umur, dan bertemu lagi di Ramadhan dan Aidil Fitri tahun mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan