Khamis, 29 April 2010

Perubahan Besar di Bandar Baru Permas Jaya






Bandar Baru Permas Jaya akan mengalami satu perubahan besar dari aspek pembangunan prasarananya, apabila persimpangan bertingkat berhadapan pasaraya Jusco kini sedang giat dijalankan. Walaupun terdapat sedikit kesulitan kepada para pengguna jalan raya yang ingin melalui Jambatan Permas Jaya ataupun dalam kawasan Permas ini sendiri, namun ia pastinya akan memberi kemudahan kepada kita semua apabila laluan ini siap kelak, selain menghubungkan laluan ini terus ke lebuhraya baru ke Pasir Gudang melalui Bandar Baru kota Puteri. Apatah lagi, pengguna jalan raya yang melalui Permas Jaya semakin bertambah dan ia pasti dapat mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak. Ia dijangka siap pada November 2011 dan pastinya sedikit sebanyak akan mengubah pandangan pembangunan di Bandar Baru Permas Jaya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan