Rabu, 28 April 2010

KLCC dan Aquaria


Turtle....pemalu


Wow...Dori......


Posing ngan Adam di kawasan air pancut di pekarangan KLCC


Aksi Wawa & Adam



Di Petrosains

Awas, Jaws!!!



emm, nemo.....


ketika melalui terowong....berdiri atas laluan bergerak....belakang tu pak cik am dan mak cik zarina.....


KLCC aka Menara Berkembar Petronas, view guna N70 je....



Sebut je KLCC, pasti semua orang tahu tentang mercu tanda negara kita yang tercinta ini. Semasa aku masih duk KL dulu, bangunan ni masih dalam pembinaan. Ketika aku masih berkursus di MPTI, kerap juga berulang ke ibu negara...jengah sepupu yang duk kat Puchong, tetapi tak ada peluang ke KLCC. Apabila dah bekerja....aku dah kurang kesempatan nak berkunjung ke KL....tambahan pula cuti2 sibuk sambung belajar....jadi kesempatan nak singgah KLCC pun tak ada la....

Setelah berkeluarga....aku kerap ke KL & Selangor....majoriti ipar-duai tinggal sini...jadi masa ni la baru ada kesempatan ke KLCC....yang sebenarnya aku nak ke Aquaria....selama ni cuma tengok kat tv je..... So..pada cuti pertengahan penggal pertama tahun 2009, aku dan family disertai family adik ipar berjalan la ke KLCC ....anak2 dan anak buah teruja sungguh......cuma waktu cuti sekolah...agak ramai orang.....dan aku tak lepaskan peluang ke Aquaria.....

Seronok tengok gelagat adam dan wawa memerhatikan hidupan marin yang sukar nak jumpa depan mata......paling kelakar semasa kat terowong....macam kat angkasa lepas pulak tengok stingray dan jerung berenang atas kepala kita.....nak memudahkan pengunjung...disediakan eskelator....so, kita just berdiri sambil kepala melilau memandang hidupan laut......memang puas hati dan berbaloi dengan harga tiketnya....kepada kawan2 yg tak pernah ke sana cuba la pergi.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan