Pada 21 Februari 2011 Unit Pengawas dan Ketua Darjah SK Taman Permas Jaya 3 telah mengadakan program Pelantikan Pemimpin-pemimpin Kecil 2011 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua serta Penolong Ketua Darjah. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh Supritendan Abdul Samad Bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Beberapa orang anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Balai serta beberapa orang anggota dari Balai Polis Permas Jaya turut hadir mengiringi.
Jika tahun sebelum ini pihak sekolah mengundang YB dan pihak PPD Pasir Gudang, tahun ini pihak polis pula dijemput untuk merasmikan majlis sekaligus menyampaikan watikah berkenaan. Ia merupakan cetusan idea En Adam B Haji Salim, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3.
Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil yang dilantik. Semoga semua pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berdedikasi. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Syabas juga kepada Pn Zaliha Yusuf, En Fauzi Zakaria, Pn Sri Gauri, dan Pn Kamsiah Maulud serta seluruh ahli jawatankuasa kerja kerana program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Teruskan kecemerlangan.
Ucapan daripada wakil pemimpin kecil, Adik Muhammad Fariz Zulkifly
Tn Guru Besar bersama anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan & Balai Polis Permas Jaya
Antara pemimpin kecil
Adam Khairul Irfan bersama watikahnya......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan