Sabtu, 26 Februari 2011

MERAIKAN HARI ISTIMEWA



Sempena Hari Istimewa.......mmmm....sebenarnya ia berlaku pada bulan Oktober lalu.......makan2 di Secret recipe sempena birthdayku, birthday adik, dan ulangtahun perkahwinan.....3 in 1.......

Mmm....makaroni dia mmg power....tp.....anak bujangku plak yg lebih2.......x pe la dik.....makan......

Tahun ni......rasanya celebrate kat Secret Recipe lagi......mmg sedap....and thanx Bard......mmg special @ Secret Recipe........




Kek harijadiku......sedap


mmm....adik.....betul2 menikmati......


kakak dengan spagetinya....


tinggal sikit.....utk mak dia la ni.....


best.....aku pun dah lupa nama dia....kena tanya bard smula ni.....


Rabu, 23 Februari 2011

PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2011


Pada 21 Februari 2011 Unit Pengawas dan Ketua Darjah SK Taman Permas Jaya 3 telah mengadakan program Pelantikan Pemimpin-pemimpin Kecil 2011 yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, dan Ketua serta Penolong Ketua Darjah. Watikah pelantikan ini telah disampaikan oleh Supritendan Abdul Samad Bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Beberapa orang anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Balai serta beberapa orang anggota dari Balai Polis Permas Jaya turut hadir mengiringi.

Jika tahun sebelum ini pihak sekolah mengundang YB dan pihak PPD Pasir Gudang, tahun ini pihak polis pula dijemput untuk merasmikan majlis sekaligus menyampaikan watikah berkenaan. Ia merupakan cetusan idea En Adam B Haji Salim, Guru Besar SK Taman Permas Jaya 3.

Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil yang dilantik. Semoga semua pemimpin ini dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan berdedikasi. Sentiasa tunjukkan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Syabas juga kepada Pn Zaliha Yusuf, En Fauzi Zakaria, Pn Sri Gauri, dan Pn Kamsiah Maulud serta seluruh ahli jawatankuasa kerja kerana program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Teruskan kecemerlangan.

Ucapan daripada wakil pemimpin kecil, Adik Muhammad Fariz Zulkifly


Tn Guru Besar bersama anggota polis dari IPD Johor Bahru Selatan & Balai Polis Permas Jaya

Antara pemimpin kecil

Adam Khairul Irfan bersama watikahnya......

bersama rakan dari Pra Gemilang

Barisan Pemimpin kecil


Pemimpin-pemimpin kecil melafazkan ikrar diketuai oleh oleh Ketua Pengawas Sekolah


Ucapan perasmi, Supritendan Abd Samad B Salleh


En Adam B Haji Salim memberi ucapan


banner program

Sabtu, 19 Februari 2011

BUKU RINGKASAN MENGAJAR






Masa kat maktab dulu suka panggil Lesson plan....biar pun aku opsyen BM.......kat sekolah biasa buku RPH......atau lebih popular.....Buku Ringkasan Mengajar........

Bekerja dengan Boss aku skrg ni....beliau sgt mementingkan kesempurnaan buku ini.....zmn aku posting dulu.....buku ini ibarat nyawa.....x boleh tinggal sesuka hati.....kena jaga dengan baik......begitu lah boss aku skrg......

Beliau mahu buku ini lengkap.....apatah lagi skrg ia diambilkira sebagai SKT guru.....so....mesti lengkap dan sempurna....dan beliau mmg rajin meluangkan masa untuk memeriksa buku guru2 di sekolahku satu persatu...

Buku RPH dlm gambar milikku untuk tahun 2011.......gambar diambil pada 3 Januari 2011....hari portama persekolahan....aku dah entry dlm FB pun......saja nak tayang kat hubby yg dah x pyh buat menda ni lagi skrg.....



Isnin, 7 Februari 2011

AL-FATIHAH : KEPULANGAN BONDA ZAINON KAHAR KE RAHMATULLAH

Dalam kenangan :
Allahyarhamah Bonda Zainon Binti Kahar

Pada 27 Januari 2011 bersamaan 22 Safar 1432H yg lalu, kami dikejutkan dengan berita sedih apabila Bonda mertua iaitu Bonda Zainon Binti Kahar telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 2.15 petang di rumah anak bongsunya di Puchong. Usianya menjengah 72 tahun. Allahyarhamah mempunyai 10 orang cahayamata (termasuk seorang yg telah meninggal dunia ketika kecil). Jenazahnya disempurnakan dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Tangkak pada jam 11.20 pagi hari Jumaat, 28 Januari 2011. Anak2, menantu, dan cucu Allahyarhamah amat terasa akan kehilangannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama roh orang2 yg salleh....amin........ Bonda (Tok Mak) sentiasa dalam ingatan...Al-Fatihah.........